Skip to content

Review 2 Tingkat Corner Lot Di Taman Desa Mas, Bandar Country Homes, Rawangg

April 16, 2011

Bagi yang sudah mempunyai famili dan berhasrat memiliki kediaman yang selesa, persekitaran dan kejiranan yang baik untuk anak-anak dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti bank, sekolah rendah dan menengah, masjid, kedai, stesyen minyak, pasar malam, balai polis dsb, saya mempunyai jawapan kepada keperluan anda.

Taman Desa Mas, Rawang merupakan kediaman baharu yang terletak di dalam Bandar Country Homes. Diantara perumahan di sekitarnya termasuklah Puteri Heights, Saujana Rawang, Taman Velox, Tasik Puteri dan Kota Emerald. Jaraknya ke Bandar Rawang dan Komuter hanya 7 km manakala lebih kurang 3 km menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), exit Rawang. Disamping itu, akses lain ialah Jalan Rawang-Bestari Jaya, Jalan Batu 16-Selayang, Highway Guthrie dan North Klang Valley Expressway (NKVE). Highway Rawang-Kuala Selangor juga rancak di dalam pembinaan.

Saya mempunyai rumah teres dua (2) tingkat corner lot untuk dijual. Keluasan tanah ialah 2,968 kaki persegi iaitu (24’x70’ tambah 20’ extra land). Rumah ini telah diberi nilai tambah oleh owner dengan extension 8’ di tingkat bawah (dapur) dan atas (bilik tidur). Tambahan ini mempunyai kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain itu, ceiling rumah dibuat plaster ceiling, terdapat kabinet dapur dan 2 built-in almari di bilik tidur. Pintu dan tingkap telah dipasang grilles, pagar rumah telah diganti dan dipasang auto gate serta terdapat alarm system.

Harga perumahan di kawasan Rawang telah menunjukkan peningkatan tetapi masih pada tahap yang mampu dimiliki. Rumah teres tengah dua tingkat dikawasan ini masih boleh dimiliki dengan harga RM250k ke bawah. Rumah berkembar dua tingkat pula dijual dibawah harga RM400k manakala lot banglo pada masa ini dijual pada harga lebih kurang RM40 pkp.

Sila hubungi saya jika berminat mempunyai kediaman di Rawang dengan budget RM349k ke bawah. Anda juga boleh menghubungi saya jika mempunyai kediaman samada untuk dijual, dibeli, refinance dsb di talian 012-217 2753.

One Comment leave one →
  1. masitah bte samsudin permalink
    December 26, 2011 1:46 pm

    Saya berminat dgn rumah tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: