Skip to content

Rumah Teres di Wangsa Baiduri, Subang Jaya utk Dijual

June 8, 2012

Saya mempunyai sebuah rumah teres 2 tingkat untuk dijual di Wangsa Baiduri, Subang Jaya. Ianya lebih kurang 26 kilometer dari Kuala Lumpur. Perumahan berdekatan ialah SS 12, SS 13, SS 14 & SS 15 Subang Jaya, Taman Sri Subang (PJS 10) dan Bandar Sunway.

Terdapat banyak akses seperti Federal Highway, New Pantai Expressway (NPE) dan KESAS Highway.

Landmark yang ada meliputi Subang Parade shopping centre, Sime Darby Subang Jaya Medical Centre, Subang Ria Recreational Park, Holiday Villa dan Sheraton Subang hotels. Institusi berdekatan ialah INTI College, Taylor’s University College & Metropolitan College.

Baca Seterusnya

Taman Cheras Prima, Cheras/Kajang

May 7, 2012

Saya mempunyai rumah di Cheras Prima, di kawasan Jalan Sungai Balak, Kajang untuk dijual.

Kediaman berdekatan ialah Taman Mesra, Taman Delima, Taman Sekamat Indah, Taman Desa Wawasan, Taman Cheras Jaya, Taman Sutera, Taman Impian Ehsan, Taman Taming Kiri dan Taman Taming Jaya.

Baca Seterusnya

Taman Bunga Negara, Section 27 Shah Alam

May 5, 2012

Taman Bunga Negara, Seksyen 27, Shah Alam terletak lebih kurang 10 km dari pusat bandar Shah Alam & 31 km ke KL.

Perumahan berdekatan ialah Taman Muda (Seksyen 25), Taman Alam Megah (Seksyen 28), Taman Alam Indah dan Putra Heights.

Disamping itu, terdapat banyak kilang seperti Panasonic, Sharp, Shin Etsu di Kawasan Perindustrian Hicom. Kilang Proton juga berdekatan.

 

 

 

Baca Seterusnya

Oakleaf Park Condo, Bukit Antarabangsa For Sale/Jual

February 26, 2012

Oakleaf Park Condominium, Taman Bukit Jaya terletak di kediaman elit Bukit Antarabangsa, Hulu Klang. Taman berdekatan ialah Taman Bukit Mewah, Taman Bukit Mulia, Taman Bukit Utama, Taman Wangsa Ukay dan Ukay Perdana.

Walaupun terdapat beberapa siri kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Oakleaf Park Condominium, Taman Bukit Jaya tidak mendapat kesan kejadian itu. Pada masa ini terdapat ramai orang kenamaan dan selebriti mendiami kawasan ini seperti Dato Siti Nurhaliza, Wardina Saffiyah, Zizie Ezette, Elly Suriati & Zahid AF2.

Baca Seterusnya

Rumah Teres Di Subang Baru, Shah Alam, Kita Bayar 10%, 90% Penyewa Bayar

December 12, 2011

Assalam,

Saya mempunyai sebuah rumah teres 2 tingkat untuk dijual SEGERA di Subang Baru, Shah Alam. Jarak ke Shah Alam hanya lebih kurang 10 ke 15 minit perjalanan. Terdapat banyak akses seperti Jalan Shah Alam – Sungai Buloh, Gutrie Corridor Expressway, Federal Highway melalui Jalan Subang Airport dan NKVE.

Landmarks berdekatan ialah Wisma Johawaki, Pusat Jualan Kereta G Mart, Pasar Segar Segi, stesyen minyak Petronas & Esso.

Baca Seterusnya

Duplex Apartment di Casmaria, Batu Caves

October 29, 2011

Assalam…

Bagi yang berminat untuk mencari kediaman di Batu Caves samada untuk diduduki sendiri ataupun disewakan, saya mempunyai sebuah rumah di Casmaria Apartment, Taman Samudera. Rumah ini terletak di tingkat 3 & 4 dengan keluasan lantai ialah 935 kaki persegi. Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Ruang tamu & ruang makan buka ke balkoni disamping dapur & ruang kering (yard). 

Apartment ini hanya berjalan kaki perjalanan ke Giant Batu Caves. Diantara apartment terbaharu di kawasan sekitar ialah Banjaria Court, Kristal Height dan Symphony Height.  Perumahan sedia ada termasuklah Taman Sri Gombak, Taman Sri Batu Caves, Taman Selasih, Taman Greenwood, Taman Bolton dan Kawasan Perniagaan/Industri Dolomite.

Baca Seterusnya

Teres 2 Tingkat Di Kota Bidari, Bandar Country Homes, Rawang Utk Dijual

October 11, 2011

Bagi yang sudah mempunyai famili dan berhasrat memiliki kediaman yang selesa, persekitaran dan kejiranan yang baik untuk anak-anak dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti bank, sekolah rendah dan menengah, masjid, kedai, stesyen minyak, pasar malam, balai polis dsb, saya mempunyai jawapan kepada keperluan anda.

KOTA BIDARI, RAWANG merupakan kediaman baharu yang terletak di dalam Bandar Country Homes. Diantara perumahan di sekitarnya termasuklah Puteri Heights, Saujana Rawang, Taman Velox, Tasik Puteri dan Kota Emerald. Jaraknya ke Bandar Rawang dan Komuter hanya 7 km manakala lebih kurang 3 km menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), exit Rawang. Disamping itu, akses lain ialah Jalan Rawang-Bestari Jaya, Jalan Batu 16-Selayang, Highway Guthrie, North Klang Valley Expressway (NKVE) dan Highway Rawang-Kuala Selangor (LATAR).

Saya mempunyai rumah teres dua (2) tingkat – lot tengah untuk dijual. Keluasan tanah ialah 1,300  kaki persegi iaitu (20’x65). Rumah ini standard tanpa ada apa-apa pengubahsuaian.

Baca Seterusnya